Advertising

Tuesday, 5 May 2015

Syurga dan Neraka

Syurga dan neraka ibarat hitam utih kehiduoan yang menunjukkan kebaikan dan keburukan. Kehidupan setiap manusia kelak berakhir sama ada di syurga ataupun neraka.

Namun, sejauh mana kita memanfaat dan menghayati erti syurga dan neraka yang sebenar. Adakah semata-mata kerana ganjaran syurga dan takut pada seksaan api neraka kita tunduk patuh pada perintah Allah atau disebabkan keihklasan kita sebagai hambanya yang beriman.

Andai syurga dan neraka tidak ada membicarakan tentang hakikat ibadah dalam kehidupan seorang muslim. Buku yang pastinya menguji sejauh mana kita menginginkan gajaran syurga dan neraka, Buku ini menyingkap hikmah di sebalik semua peristiwa yang berlaku di sekliling kita melalui amalan-amalan yang kita lakukan.

Keinginan dan kesungguhan dalam melakukan ibadah perlu berlandaskan keikhlasan tanpa mengharapkan basalan.

Monday, 20 April 2015

Teater Lorong Pemimpi 2015

Aku pasti sudah berhabuk blogger aku dengan kisah sendiri untuk dikongsikan bersama, artikel sebelum ini lebih kepada perkembangan terkini dengan isu-isu semasa yang sedang di alami. Kini aku ingin berkongsi serba sedikit kejayaan dan langkah pertama aku bergerak kehadapan. 

Teater Lorong Pemimpi adalah sebuah projek teater yang aku usahakan dan dibantu rakan-rakan lain untuk memastikan pementasan kali ini berjaya. Alhamdulillah projek teater kali ini berjaya!

Aku tak sangka, perkara yang aku submit seperti kosong dana diterima oleh 1Malaysian Development Berhad 1MDB. Dalam mengendalikan sesebuah perkara tanpa pengalaman itu memang sukar dan teater kali ini benar-benar mengajar aku untuk lebih teliti lagi dalam menguruskan hal-hal pertadbiran terutama dalam memilih pasukan yang komitet dalam melaksanakan tugas. 

Usia aku 20tahun, mencapai misi yang tidak pernah aku jangkakan adalah menjadi seorang ketua dan pemimpin untuk memastikan semuanya berjalan dengan lancar seperti yang dirancangkan.


Dan aku bertuah memiliki pasukan yang memahami walaupun tidak ramai, perkara yang paling bangga adalah pementasan teater ini berjaya dengan tulang belakang yang mungkin ramai se usia ini tak mampu menggalas tanggungjawab sebesar ini. 


Pelakon, penari dan penyanyi adalah mereka yang berusia 21tahun ke bawah, memiliki mereka dalam menjayakan pementasan kali ini memang agar sukar dan juga untuk mengawal mereka dengan jiwa merah mereka.

Aku percaya setiap mereka memiliki kebolehan masing-masing dan sentiasa memberi ruang dan peluang kepada mereka untuk belajar jika niat itu yang ditonjolkan oleh mereka. Memiliki kesabaran terhadap mereka sangatlah tinggi dengan pelbagai sikap karenah yang ditonjolkan oleh mereka, aku sebagai ketua hanya mampu nasihat sewajarnya ke atas diri mereka. Manusia sentiasa membuat kesilapan.


Tanggungjawab kali ini sangat tinggi kerana banyak membahagikan kepada Pelajaran, Perkejaan dan tugasan iaitu Teater Lorong Pemimpi, bila bermulanya sesuatu perkara aku terpaksa habiskan walaupu  tak cukup cantik untuk dilihat. 

Projek teater kali ini aku membawa hampir 30 remaja untuk terlibat dan menjayakan pementasan Teater kali ini, aku ingin membawa perubahan yang baru yang mungkin orang ramai terlepas pandang untuk kita tonjolkan sesuatu perkara. 

Dan cerita kisah kali ini adalah mengisahkan kehidupan Chow Kit yang telah lama mati dalam kegelapan dan ingin membawa kembali cahaya untuk gerenasi akan datang untuk menjadi lebih baik. Cerita ini ditulis oleh Kawan aku sendiri iaitu Awaludin yang sememangnya tinggal di Chow Kit dari kecil sehingga meningkat dewasa kini. 


Perkara yang paling indah dan aku suka adalah bekerja dengan se usia mereka walaupun kekadang menyakitkan hati dan perkara itu dah sebati dalam mengenali mereka beberape tahun sehingga mereka memiliki sehabat baru mereka. Aku berharap perjalanan cerita ini tidak terhenti disini, moga cerita dan kisah ini menjadi tauladan untuk dimasa akan datang.

Friday, 6 February 2015

Perasaan

Menulis, menyimpan itu semua adalah sifat aku jika memilik masalah.
Kisah yang panjang yang tidak dapat aku uraikan, menahan kesakitan sendiri.
Siapa yang akan peduli, jika itu caranya biarlah aku denganNya sahaja yang tahu.
Sudah terlalu banyak hati dan perasaan ini bersama aku.

Ye,
Kau kesayangan ku, kau sahabatku, kau keluarga aku.
Dengan ini sahaja, moga engkau dapat fahami aku.
Ini hidup banyak dugaanNya, mengajar aku untuk sentiasa bersamaNya selalu.
Aku redha jika ini jalan yang aku pilih, kerana masa depan belum pasti buat kita.

Menjadi anak, seorang kawan, seorang abg, seorang ketua bukanlah senang.
Menggalas pelbagai tanggungjawab yang harus engkau lakukan.
Aku dan Hati aku yang sentiasa mengharungi hidup ini bersama.
Jika melalui ini sahaja aku mampu tenang, Izinkan aku untuknya.

Bertahun-tahun sudah aku hidup dan kenape aku harus harungi hidup kini?
Aku cuba untuk mengubah cerita dan kisah diatas pentas itu.
Kenapa ianya harus begini bersama, aku mahu pentas itu ditamatkan kisahnya.
Untuk aku mengakhirkan segalanya disini,

Kenapa aku perlu pendam semua ini, kenape aku sahaja yang merasai persaan ini?
Kenapa? Kenape?
Ya Allah, pada mu ku berserah segala tindak tanduk yang aku lakukan.
Berilah peluang dan kesempatan buat aku untuk aku memliki syurgawi itu.
Izinkan aku bertemu bidadari, izikan aku pada keluarga islam ku di Syurga,

Perasaan yang sentiasa mengubah sesuatu keadaan menjadi lebih manis dan buruk,
Perasaan yang selalu membuatkan suasana berubah ceria dan muram.